
Menjadi penulis tamu untuk buku antologi UnseenWriter, buku ini mengisahkan kisah inspirasi 12 orang penulis yang bekerja di belakang tabir. Mereka dari latar belakang yang berbeza tetapi memilih ghostwriter sebagai kerjaya sepenuh masa.
Bukan sahaja berpengalaman menulis, kumpulan “unseenwriter” mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pengalaman. Antaranya adalah jururawat. trainer, suri rumah, banker, penganalisis kewangan, pereka grafik, eksekutif kanan dan juga pengurus di sebuah syarikat. Tetapi dengan dorongan big why yang mendalam, mereka memilih untuk menjadi penulis yang berpendapatan tinggi. Mereka bersembunyi di sebalik topeng #unseenwriter dan membantu syarikat-syarikat menaikkan jenama. Mereka juga berjaya meraih pendapatan mencecah 4 angka hingga 5 angka sebulan hanya bekerja dari rumah.
Di Malaysiam dianggarkan sekitar 15% golongan freelancer yang membina kerjaya dari rumah, hanya 3% sahaja yang benar-benar menjana pendapatan.