Begini ceritanya…

Beberapa minggu lepas, saya dapat mesej dari seorang klien lama saya. Nada mesej dia macam biasa, tapi saya dapat rasa ada satu benda yang tersekat dalam kepala dia. Dah buat landing page, tapi tiada sale

“Amy, page saya tu trafik masuk hari-hari, tapi tak ada seorang pun yang beli dan ROAS kurang cantik. Boleh tolong tengokkan?”

Saya tarik nafas panjang. Situasi ni bukan asing bagi saya. Malah, saya dah dengar versi cerita ni berpuluh kali dari klien-klien saya sebelum ni. Isu yang sama berulang-ulang:

“Landing page tak ada sale, walaupun ada orang datang.”

Dan kisah klien saya kali ni jadi satu contoh paling jelas yang saya rasa ramai pemilik bisnes online boleh belajar daripadanya. Baca dulu sebelum anda buat keputusan untuk upah orang buat landing page.

buat landing page

Bila Semua Nampak “On Track” Tapi Duit Tak Masuk

Klien saya ni seorang usahawan dalam bidang produk kesihatan. Dia memang serius. Dia laburkan ribuan ringgit untuk buat landing page cantik, copywriting dia pun dia upah penulis, gambar produk high-quality, video testimoni ada. Malah, dia buat Facebook Ads dan dapat lebih 100 pelawat sehari.

Tapi bila saya tanya, “Berapa sale dari page tu?”

Jawapan dia?

“Iklan ads sehari RM60, tapi ada lah sehari 1-2 sale jer masuk. Tetapi traffic yang masuk lebih 200 pelawat sehari”

Kami Bedah Sama-Sama. Ini Apa Kami Jumpa…

1. Trafik Ramai, Tapi Salah Sasaran

Iklan yang dia buat terlalu umum. Target audience terlalu luas. Dia pilih minat yang berkaitan… ya, betul. Tapi dia tak filter betul-betul siapa yang sedang ‘mencari’ solusi.

Contoh: Produk dia fokus untuk wanita lepas bersalin. Tapi iklan dia ditayang kepada semua wanita 25–45 tahun. Jadi bila landing page dibuka, ramai yang baca tapi tak rasa itu untuk mereka.

Pengajaran: Bukan semua trafik itu trafik yang berkualiti. Bila landing page tak ada sale, perkara pertama kena semak “Adakah orang yang datang tu memang betul-betul perlukan apa yang saya jual?”

2. Copywriting Tak Menyentuh Emosi

Saya baca semula copywriting dalam page tu. Dari segi struktur, okay. Tapi ia lebih fokus pada ciri produk.

“Produk ini mengandungi bahan semulajadi…”
“Telah diuji secara klinikal…”

Tapi mana kisah pelanggan? Mana situasi sebelum dan selepas? Mana rasa takut, cemas, malu, atau harapan yang pelanggan bawa bila mereka buka page tu?

Copywriting yang gagal sentuh emosi, gagal untuk convert.
Bila pelanggan rasa “macam tak ada apa beza dengan produk lain”, mereka takkan ambil tindakan. Landing page tak ada sale sebab ayat-ayatnya hanya menerangkan, bukan meyakinkan.

3. Design Cantik, Tapi CTA Tak Jelas

Saya terus scroll sampai ke bawah. Yang saya nampak… wow! memang cantik layout dia. Tapi masalahnya:

  • Butang beli terlalu kecil.
  • Warna butang tak menonjol.
  • CTA hanya muncul sekali di bahagian paling bawah.

Bayangkan pelanggan tu tengah scroll dan rasa “hmm menarik ni” tapi dia tak jumpa kat mana nak beli, atau dia kena scroll panjang sangat sampai hilang minat.

Bila landing page tak ada sale, jangan terus salahkan produk, atau buat landing page baru (dalam erti kata lain, revamp landing page) Kadang-kadang sebab design terlalu “seni” sampai “guna tak praktikal”.

4. Tiada Bukti Sosial, Tiada Keyakinan

Tak ada satu pun testimoni pelanggan yang dipaparkan. Sedangkan produk dia dah lebih 6 bulan dijual.

Saya tanya, “Kenapa tak letak testimoni?”

Dia jawab, “Tak sempat nak kumpul.”

Sayang sangat. Dalam zaman orang tak percaya sesiapa kat internet ni, testimoni adalah penentu utama sama ada orang beli atau tidak.

Kalau orang tak yakin, mereka takkan beli.
Simple.

5. Tawaran Biasa-Biasa, Tiada Urgency

Page dia cuma paparkan harga dan sedikit bonus percuma. Tak ada apa-apa yang buat orang rasa, “Aku kena grab sekarang jugak.”

  • Tak ada countdown.
  • Tak ada “last slot”.
  • Tak ada bonus eksklusif untuk yang cepat bertindak.

Bila semuanya nampak statik, pelanggan akan fikir, “Nanti je lah aku beli.” Dan biasanya, “nanti” tu tak pernah datang.

6. Tiada Sistem Follow-Up

Selepas seseorang klik, dia baca, dia minat tapi tak beli. Apa tindakan seterusnya?

Tak ada.

Tak ada pixel retargeting. Tak ada offer untuk daftar email. Tak ada WhatsApp follow-up.

Dalam dunia bisnes digital, majoriti jualan berlaku selepas interaksi kali ke-3, ke-4, bahkan ke-7. Landing page dia berdiri sendiri tanpa sebarang strategi follow-up, jadi memang susah nak hasilkan sale secara konsisten.

Apa Penyelesaian?

Kami sama-sama ubah:

  • Tajuk headline lebih tajam & emosional.
  • Letak testimoni sebenar.
  • Butang CTA diulang beberapa kali, dengan warna lebih jelas.
  • Tambah countdown & tawaran masa terhad.
  • Pasang pixel untuk retarget iklan.

Dan paling penting, kami ubah mindset bahawa apabila buat landing page bukan macam “poster jualan”, tapi satu perjalanan emosi dari masalah → harapan → solusi → tindakan.

Dalam masa 5 hari selepas ubah struktur konten dan run ads semula dengan strategi yang baru, sale mula masuk satu demi satu.

Landing Page Tak Ada Sale Bukan Bermakna Gagal, Ia Petunjuk Bahawa Ada Yang Perlu Diperbaiki

Kisah klien saya ni bukan luar biasa. Ramai sebenarnya yang alami benda sama, tapi sebab tak tahu apa silapnya, mereka terus give up dan salahkan produk atau diri sendiri.

Tapi realitinya, bila landing page tak ada sale… itu peluang paling jujur untuk kita muhasabah balik strategi bisnes.

Dan kalau anda sedang alami situasi yang sama sekarang… saya nak bagitahu satu perkara:

Jangan putus asa.
Kadang-kadang, hasil tak masuk sebab perkara kecil yang kita terlepas pandang. Tapi dengan bantuan mata luar yang objektif, dengan strategi yang betul, anda boleh ubah page yang sunyi jadi page yang penuh notifikasi.

Saya dah nampak perubahan tu berlaku bukan sekali, tapi berkali-kali. Dan kalau anda nak saya bantu anda audit atau susun semula strategi landing page anda, saya sedia bantu.

Klik je BUAT LANDING PAGE atau whatsapp saya di  010-449 1794 Jangan biarkan landing page anda sekadar jadi pameran.
Ia boleh jadi mesin jualan yang bekerja 24 jam kalau dibina dengan betul.

Baca juga artikel ini sebelum buat landing page baru:-

Menulis Artikel SEO : 5 Kelebihan Untuk Meningkatkan Carian Blog Anda